Jumaat, 29 Mac 2013

Nota & Bahan Tajwid

Assalamualaikum...

Setinggi kesyukuran ke hadratMu, Tuhan sekalian alam. Masih lagi diberi ruang dan peluang untuk mengabdi diri padaMu, menjadi khalifah di muka bumi ini.

Diam tak diam, Jamadil Awwal sudah di pertengahan... Bulan Mac ingin melabuhkan tirai... Kelas Kemahiran Membaca Al-Quran sudah selesai 21 Jam dan tinggal baki lagi 21 Jam... Peperiksaan pertengahan semester utk Kelas Talaqqi Lanjutan juga semakin hampir.. Hanya kepadaMu ku berserah agar masa yg amat sedikit ini dapat Kau izinkan utk aku menyampaikan ilmuMu yang Agung dan memberi kefahaman semaksima mungkin kepada sesiapa yang amat mencintai Mukjizat Agung ini... Ku menadah tangan ke hadratMu memohon dipermudahkan kami utk segala hal... Amin Ya Rabb...

Syukur dan syukur dan syukur dan selamanya syukur ke hadratMu, memberi peluang utk memuat naik nota-nota dan bahan-bahan ilmu tajwid yang sempat dikemaskini... mohon maaf kepada semua yang ternanti-nanti bahan-bahan ini dimuat naik... InsyaAllah ketika ini akan sentiasa dikemaskini... Mohon jasa baik utk selalu menjenguk dan diharapkan agar usaha yang sedikit ini diberkati dan diredhaiNya.. Amin Ya Rabb..

Isnin, 18 Mac 2013

Umrah & Wa'ie yang hilang...

Alhamdulillah, sempat juga menghantar mak ayah.. akak anak beranak ke KLIA utk menunaikan ibadah umrah dan berziarah ke Oman awal pagi tadi.
Setelah bersalam-salaman dan melambai-lambai ketika mereka berjalan menuju ke imigresen... kami pun nak balik.. x ambil cuti.. jadi terpaksa bergegas ke sekolah.. tiba2 rasa ada yg x cukup.. kira2 anak.. sorg x cukup... Wa'ieeeeee... aduiiii.. hilang plak sorang ni..
Cari punya cari.. Pak & Mak Anjang rupanya sempat menyelamatkan Wa'ie yg menangis berhampiran tangga tadi..
Alhamdulillah.. sayangggggg Wa'ie.. terus pegang seluar kita.. smpai xnak lepas.. takut hilang lagi..

Selasa, 5 Mac 2013

Pertemuan Pertama

DEPS/U APIUM 2013
IYD/IUD 505 KEMAHIRAN MEMBACA AL-QURAN
KUMPULAN 1

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran ke hadratMu Ya Allah, bertemu kita di dunia maya ini setelah pertemuan pertama yang sepatutnya dijadualkan pada 23 Februari 2013 ditunda pada 2 Mac 2013 Sabtu lalu. Kita mampu merancang hanya Dialah yang akan menentukan. Mohon banyak kemaafan kepada semua (Kumpulan 1).

Jadual Kuliyyah :

  1. 23/2 - tunda 2/3 (selesai)
  2. 9/3 - (selesai)
  3. 23/3 - (selesai)
  4. 6/4
  5. 20/4
  6. 4/5
Kuliyyah seterusnya adalah mengikut jadual dan segala perubahan akan diberitahu dari masa ke semasa.