Halaman

Sabtu, 2 Mac 2013

Bilik Kuliyyah 11 & 3

2013 ini bertukar ke bilik kuliyyah 3... walaupun masih peringkat Talaqqi Lanjutan (perempuan)... banyak kenangan yg ditinggalkan di bilik kuliyyah 11... kini diterajui adinda sendiri...

Ohya, tahniah kepada pelajar bilik kuliyyah 11 sesi 2012 yang berjaya menamatkan pengajian dan lulus. Semoga kalian diiringi syafaat alQuran...

Sedikit kekecohan ketika memulakan pengajian pada awal tahun... akhirnya diselesaikan pihak pengurusan... diharapkan tiada yg berkecil hati... nak menuntut ilmu ni banyak cabaran dan dugaannya... kuatkan semangat dan cekalkan hati... contohilah Imam Ibnu Al-Jazari berguru dengan ramai guru... janganlah ta'assub dengan seorang guru...

Dalam usaha kita menuntut ilmu ini seharusnya kita mengetahui betapa pentingnya adab-adab menuntut ilmu. Ibnul Mubarak berkata dalam sebuah kitab beliau :
" Aku mempelajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun. Dan adalah mereka (ulama) mempelajari adab kemudian mempelajari ilmu [Mansuah al Adab al Islamiyyah : 15]

Pernah terbaca suatu artikel : Adab dan ilmu umpama seperti adunan untuk membuat roti. Adab seperti gandum dan ilmu seperti garam. Hendaklah kita memperbanyakkan gandum berbanding garam, namun nisbah tersebut haruslah sekata supaya gandum dan garam diadun sempurna nisbahnya,

Ketahuilah, memperbanyakkan adab bersama ilmu yang sedikit lebih baik daripada memperbanyakkan ilmu berbanding adab yang sedikit.

Tiada ulasan: