Halaman

Jumaat, 29 Mac 2013

Nota & Bahan Tajwid

Assalamualaikum...

Setinggi kesyukuran ke hadratMu, Tuhan sekalian alam. Masih lagi diberi ruang dan peluang untuk mengabdi diri padaMu, menjadi khalifah di muka bumi ini.

Diam tak diam, Jamadil Awwal sudah di pertengahan... Bulan Mac ingin melabuhkan tirai... Kelas Kemahiran Membaca Al-Quran sudah selesai 21 Jam dan tinggal baki lagi 21 Jam... Peperiksaan pertengahan semester utk Kelas Talaqqi Lanjutan juga semakin hampir.. Hanya kepadaMu ku berserah agar masa yg amat sedikit ini dapat Kau izinkan utk aku menyampaikan ilmuMu yang Agung dan memberi kefahaman semaksima mungkin kepada sesiapa yang amat mencintai Mukjizat Agung ini... Ku menadah tangan ke hadratMu memohon dipermudahkan kami utk segala hal... Amin Ya Rabb...

Syukur dan syukur dan syukur dan selamanya syukur ke hadratMu, memberi peluang utk memuat naik nota-nota dan bahan-bahan ilmu tajwid yang sempat dikemaskini... mohon maaf kepada semua yang ternanti-nanti bahan-bahan ini dimuat naik... InsyaAllah ketika ini akan sentiasa dikemaskini... Mohon jasa baik utk selalu menjenguk dan diharapkan agar usaha yang sedikit ini diberkati dan diredhaiNya.. Amin Ya Rabb..

Isnin, 18 Mac 2013

Umrah & Wa'ie yang hilang...

Alhamdulillah, sempat juga menghantar mak ayah.. akak anak beranak ke KLIA utk menunaikan ibadah umrah dan berziarah ke Oman awal pagi tadi.
Setelah bersalam-salaman dan melambai-lambai ketika mereka berjalan menuju ke imigresen... kami pun nak balik.. x ambil cuti.. jadi terpaksa bergegas ke sekolah.. tiba2 rasa ada yg x cukup.. kira2 anak.. sorg x cukup... Wa'ieeeeee... aduiiii.. hilang plak sorang ni..
Cari punya cari.. Pak & Mak Anjang rupanya sempat menyelamatkan Wa'ie yg menangis berhampiran tangga tadi..
Alhamdulillah.. sayangggggg Wa'ie.. terus pegang seluar kita.. smpai xnak lepas.. takut hilang lagi..

Selasa, 5 Mac 2013

Pertemuan Pertama

DEPS/U APIUM 2013
IYD/IUD 505 KEMAHIRAN MEMBACA AL-QURAN
KUMPULAN 1

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran ke hadratMu Ya Allah, bertemu kita di dunia maya ini setelah pertemuan pertama yang sepatutnya dijadualkan pada 23 Februari 2013 ditunda pada 2 Mac 2013 Sabtu lalu. Kita mampu merancang hanya Dialah yang akan menentukan. Mohon banyak kemaafan kepada semua (Kumpulan 1).

Jadual Kuliyyah :

  1. 23/2 - tunda 2/3 (selesai)
  2. 9/3 - (selesai)
  3. 23/3 - (selesai)
  4. 6/4
  5. 20/4
  6. 4/5
Kuliyyah seterusnya adalah mengikut jadual dan segala perubahan akan diberitahu dari masa ke semasa.

Isnin, 4 Mac 2013

Sanah Helwah Yabni...

Selamat Hari Lahir yg ke 5 buat abg ngah (Warid)... Didoakan semoga abg ngah jadi anak yang soleh... dilimpahkan keluasan rezeki... kesihatan berpanjangan... sentiasa di dalam rahmat dan redhaNya... Amin Ya Rabb...


Nanti baba belikan mushaf baru untuk abg... Iqrak 6 dah nak abiskan? Cepat-cepat habiskan...

Ahad, 3 Mac 2013

Renungan bersama ...

Adab belajar menurut Imam Al-Ghazali :
  1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.
  2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
  3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
  4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
  5. Jangan menyangkal kata-kata guru.
  6. Jangan mengumpat pelajar lain.
  7. Jangan berbisik di hadapan guru.
  8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
  9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
  10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
  11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
  12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
  13. Jangan duduk tempat guru.
  14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
  15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
  16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
  17. Muliakan anak-anak guru.
  18. Selalu berhubung dengan guru.
  19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
  20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

Sabtu, 2 Mac 2013

Bilik Kuliyyah 11 & 3

2013 ini bertukar ke bilik kuliyyah 3... walaupun masih peringkat Talaqqi Lanjutan (perempuan)... banyak kenangan yg ditinggalkan di bilik kuliyyah 11... kini diterajui adinda sendiri...

Ohya, tahniah kepada pelajar bilik kuliyyah 11 sesi 2012 yang berjaya menamatkan pengajian dan lulus. Semoga kalian diiringi syafaat alQuran...

Sedikit kekecohan ketika memulakan pengajian pada awal tahun... akhirnya diselesaikan pihak pengurusan... diharapkan tiada yg berkecil hati... nak menuntut ilmu ni banyak cabaran dan dugaannya... kuatkan semangat dan cekalkan hati... contohilah Imam Ibnu Al-Jazari berguru dengan ramai guru... janganlah ta'assub dengan seorang guru...

Dalam usaha kita menuntut ilmu ini seharusnya kita mengetahui betapa pentingnya adab-adab menuntut ilmu. Ibnul Mubarak berkata dalam sebuah kitab beliau :
" Aku mempelajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun. Dan adalah mereka (ulama) mempelajari adab kemudian mempelajari ilmu [Mansuah al Adab al Islamiyyah : 15]

Pernah terbaca suatu artikel : Adab dan ilmu umpama seperti adunan untuk membuat roti. Adab seperti gandum dan ilmu seperti garam. Hendaklah kita memperbanyakkan gandum berbanding garam, namun nisbah tersebut haruslah sekata supaya gandum dan garam diadun sempurna nisbahnya,

Ketahuilah, memperbanyakkan adab bersama ilmu yang sedikit lebih baik daripada memperbanyakkan ilmu berbanding adab yang sedikit.

2013

Assalamu'alaikum...

Setahun sudah rasanya tidak menjenguk di sini... banyak pautan yang expired... diam tak diam sekarang dah sampai bulan Mac 2013...

2012 sudah lama ditinggalkan... banyak perkara suka, duka, pahit, manis yang berlalu... kehilangan komputer riba amat menyedihkan... terlalu banyak dokumen penting dibawa bersama... terutama bahan-bahan nota tajwid yg sudah dikemaskini... nampaknya perlukan semangat untuk memulakan semula...

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran ke hadratMu, seorang hambaMu memberi bantuan kepadaku untuk menggantikan komputer ribaku yg hilang... jutaan terima kasih buat beliau (jazakillahu khairan kathira)... hanya Allah yg membalasnya... didoakan moga beliau sekeluarga dilimpahkan keluasan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat dan redhaNya... Amin Ya Rabb...